Tempat Menarik Untuk Dilawati Tokyo

Tokyo adalah bandar meriah dengan populasi seramai 38 juta orang. Bandar yang sibuk ini merupakan hab teknologi moden dan juga jalan-jalan lama. Pelbagai perkara menarik anda boleh rasai di Tokyo seperti membeli belah, makan luar, pemandangan yang cantik, kemeriahan pada waktu malam, bangunan bersejarah dan taman-taman style Jepun.

Kuil Meiji Jingu

Kuil Meiji Jinggu. Kredit: Alexis Jetsets

Kuil Meiji Jingu yang terletak di daerah Shibuya ini menarik pengunjung dari seluruh Jepun terutama untuk lawatan kuil pada tahun baru. Jika anda bertuah, anda akan dapat melihat majlis perkahwinan tradisional Jepun.

Pada setiap tahun baru, Meiji Jinggu dengan kawasan seluas lebih 700,000 meter persegi menerima pengunjung seramai 3 juta orang yang datang untuk menyembah, menunjukkan kemampuannya untuk menarik jumlah pengunjung yang paling ramai di tempat itu. Memandangkan jumlah tanaman hijau yang rimbun di sekitar Kuil Meiji Jingu, sukar untuk membayangkan  yang ianya sebenarnya terletak di kawasan sama dengan pusat komersil yang sibuk seperti Harajuku, Omotesando dan Shibuya.

Shibuya

Shibuya Main Crossing. Kredit: Wander Beyond Borders

Lintasan pejalan kaki di tengah-tengah shibuya adalah jalan yang paling sibuk di dunia. Setiap hari, hampir 500,000 orang akan melalui lintasan tersebut. Selain membeli-belah dan makan, anda juga boleh menikmati suasana unik di kejiranan itu. Dari kebanyakan tempat di Tokyo, Shibuya adalah pusat bandaraya dengan bilangan orang muda yang sangat ramai. Seluruh tempat ini dipenuhi dengan trend terkini di Jepun termasuk kedai-kedai dan café.

Selepas meninggalkan stesen Shibuya dan berjalan menuju ke kawasan pejalan kaki utama, anda akan berada di tempat membeli-belah utama di Shibuya. Dikenali sebagai Shibuya Centre Street satu ketika dahulu, ia kini adalah tempat di mana anda boleh jumpa segalanya seperti pusat hiburan, kedai makan, dan kedai CD terbesar. Nama Shibuya Centre Street ditukar kepada Basketball Street sejak 2011 bagi memadamkan reputasi buruk Shibuya yang membangun sebagai tempat yang bahaya.

Pembangunan Shibuya sebagai pusat komersial sentiasa bekembang, dan stesen Shibuya yang merupakan pengangkutan utama terbesar di situ juga sering dinaiktaraf bagi menampung pembangunan Shibuya. Salah satu bangunan komersial yang dibuka pada 2012 adalah Hikarie yang menempatkan lebih 200 kedai. 70% daripada kedai-kedai itu dibuka pertama kali di Shibuya. Terdapat satu floor restoran-restoran yang merupakan kawasan terbesar tempat itu, teater muzik, dan ruang seni. Untuk merasai trend terkini di Jepun, anda pasti mahu berhenti di Hikarie.

Patung gangsa Hachiko di Shibuya. Kredit: Wikipedia

Di kawasan lintasan Shibuya ini juga terletaknya patung gangsa seekor anjing baka Akita Inu yang bernama Hachiko. Hachiko sangat terkenal dengan cerita kesetiaannya kepada tuannya, anjing ini menunggu kepulangan tuannya dari tempat kerja setiap hari di stesen keretapi sehingga ia mati. Kisah sedih anjing ini mendapat filemnya tersendiri di Jepun dan juga di USA. Tonton dahulu cerita Hachiko sebelum ke tempat itu untuk mengetahuinya lebih baik.

Harajuku dan Omotesando, dua kejiranan yang menjadi tumpuan orang-orang muda adalah sangat mudah untuk sampai dari Shibuya, dan anda boleh melihat sekilar orang muda di Jepun. Di Harajuku yang popular secara globalnya, anda akan jumpa ramai orang berpakaian cosplay. Sama juga di Shibuya, anda akan lihat lebih ramai orang berpakaian cosplay terutama ketika hari-hari tertentu seperti Halloween. Di Shibuya juga terdapat Wi-Fi percuma yang anda boleh dapat di sekitar tempat itu. Selain itu, anda akan nampak bangunan-bangunan dan jalan di Shibuya yang penuh dengan papan tanda, terdapat banyak juga pusat maklumat tourism untuk pelancong yang berbahasa Inggeris.

Tokyo Tower

Tokyo Tower. Kredit: GoTokyo

Seramai 3 juta orang akan melawat Tokyo Tower setiap tahun. Lebih dari separuh pendapatan Tokyo Tower adalah disebabkan popularitinya sebagai tempat tarikan pelancong bagi pelancong lokal dan asing. Ia merupakan tempat sightseeing wajib ada dalam itinerary pelancong yang datang ke Tokyo.

Panel kaca di dek pemerhatian Tokyo Tower. Kredit: ACG Travel Videos

Tokyo Tower pada asalnya dibina sebagai menara siaran radio pada tahun 1958, ketika itu tv sudah mula tersebar di seluruh Jepun. Menara itu dibina ketika Jepun membangun dari segi ekonomi dan sejak itu menara ini menjadi simbol dan mercu tanda bagi pembangunan pesat industry di bandar itu. Walaupun Tokyo Skytree mendapat lebih banyak tumpuan dan popular kerana reka bentuk yang moden, Tokyo Tower menjadi tarikan kerana pemandangan indah yang ditawarkan. Terdapat sebahagian kecil lantai di dek pemerhatian Tokyo Tower dibina sepenuhnya dengan gelas membolehkan pelancong melihat lebih kurang 120 meter ke tanah di bawah. Selain itu, terdapat juga dek pemerhatian istimewa yang terletak 223 meter di atas permukaan tanah.

Tokyo Tower dicerahkan dengan lampu-lampu yang mengikut musim atau acara istimewa pada waktu malam. Semasa hari Valentine, menara ini dihiasi dengan lampu dan hologram yang berkaitan dengan hari valentine, orang yang datang melawat juga adalah pasangan dan keluarga pada waktu ini. Tidak banyak yang anda boleh lakukan di menara ini selain menikmati dua pemandangan Tokyo pada waktu siang dan malam. Tokyo Tower ini terletak di Minato, boleh sampai dari Asakusa, stesen Tokyo, Ueno, Akihabara dan Roppongi. Lebih menarik, sewa hotel berdekatan dengan Tokyo Tower dan melihat pemandangan Tokyo Tower dari hotel anda setelah seharian berjalan.

Tsukiji Fish Market (Outer Market)

Tsukiji Outer Market di tempat asal pasar ikan. Kredit: Afar

Tsukiji dikenali sebagai salah satu fish market terbesar dunia dan popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara. Ia telah dipindahkan ke Toyosu pada tahun 2018. Market luar di sekitar kawasan tempat asal Tsukiji Fish Market ini masih dibuka dan masih penuh orang datang untuk membeli ikan segar dan juga mereka yang datang untuk menikmati sushi fresh. Market di bahagian luar hub ini mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan. Terdapat banyak restoran yang menyediakan hidangan ikan segar. Selain ikan, anda boleh jumpa banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan Jepun yang lain.

Makanan berasaskan tuna adalah biasa di Jepun. Tuna adalah variasi ikan utama dijual di Tsukiji Fish Market. Terdapat juga lelongan tuna yang menarik untuk dilihat. Peluang untuk melihat lelongan tuna ini adalah pengalaman yang tersendiri hanya di Tsukiji Fish Market, keghairahan fish market ini mewakili karakteristik tenaga market di Jepun.

Walaupun market ini adalah komersial hub yang utama, ada masanya ia tutup. Kadangkala waktu operasinya juga terhad sehingga waktu tengahari, jadi penting untuk anda memeriksa dahulu sama ada ia buka atau tutup dan merancang perjalanan.

Odaiba

Odaiba Daikanransha. Kredit: Agoda

Jika anda mencari percutian yang seronok dan penuh dengan hiburan, lawat Odaiba. Terdapat taman hiburan, muzium, onsen, automobile showroom dan banyak lagi tempat tarikan lain. Banyak aktiviti untuk dibuat dan tempat untuk dilawat yang sukar untuk dihabiskan dalam masa satu hari. Ianya adalah satu kemudahan hiburan yang terletak dikawasan yang sangat luas.

Tokyo Gundam Base. Kredit: Mipon

Pada awalnya tempat ini adalah tempat pengedaran dan kawasan industri. Ia menarik perhatian ramai dengan pembukaan Rainbow Bridge, jambatang gantung merentasi Tokyo Bay. Banyak kemudahan yang bertemakan rekreasi dibina berpusatkan Rainbow Bridge. Mega Web adalah theme park automobile yang dijalankan oleh Toyota. Anda boleh melihat showroom dan sejarah Toyota. Kemudahan itu diubahsuai pada 2013 dan memperkenalkan teknologi-teknologi yang berkaitan dengan keselamatan dan environment kepada pelancong asing.

Mega Web. Kredit: tokyo-odaiba
Mega Web. Kredit: Leonid Amstibovitsky

Terdapat Odaiba Decks Tokyo Beach untuk bersiar-siar dan menikmati pemandangan tepi laut di Odaiba. Manakala di Muzium Takoyaki, terdapat 5 buah kedai yang terpilih dari tempat permulaan Takoyaki, Osaka. Daerah shopping Daiba mencipta semula pusat bandar sekitar tahun 1950-an ketika konfeksi (yang diperbuat daripada barley dan bahan murah lain), persembahan cerita-gambar dan hiburan lain untuk kanak-kanak diperkenalkan. Dan banyak juga tempat-tempat unik lain seperti muzium pertama Jepun untuk yokai spirit dan sebagainya.

Odaiba Onsen Monogatari. Kredit: Cheap Hotels – cartagenadeindias
Odaiba Onsen Monogatari. Kredit: befreetour

Odaiba Onsen Monogatari adalah tempat kemudahan mandi seharian yang digunakan sebagai mata air panas. Selain mata air semulajadi, terdapat juga sauna garam batu, hari festival, tilikan nasib, restoran, tempat membeli-belah, dan banyak lagi jenis hiburan yang lain. Rasa pengalaman memakai Yukata dengan pattern pilihan anda. Dari dek pemerhatian di Odaiba Kaihin Park, pemandangan waktu malamnya sangat menakjubkan. Ianya juga menarik untuk mencuba Yurikamome monorail untuk perjalanan malam. Pemandangannya sangat mempersonakan.

Bangunan rujukan yang digunakan di dalam animasi Digimon. Kredit: jippy-kandi

Banyak kartun animasi Jepun yang menggunakan Tokyo sebagai tempat rujukan dalam animasi mereka. Tempat yang paling kerap dijadikan rujukan adalah Shibuya, Shinjuku, Akihabara dan lain-lain. Anda boleh jumpa banyak kedai, restaurant, café, art room yang berasaskan anime di Odaiba termasuk aktiviti Virtual Reality (VR) animasi-animasi terkenal.

Selain memikirkan percutian ke tempat menarik, periksa dahulu jika negara yang anda ingin kungjungi memerlukan visa. Rakyat Malaysia dikecualikan visa untuk ke Jepun, tetapi perlu jika ke Australia. Anda boleh dapatkan Australia Visa Application anda secara online.