Pengalaman Maksima Ketika Melancong

Tidak dinafikan melancong ke seluruh dunia adalah sesuatu yang sangat menarik dan bermanfaat, terutamanya dengan peluang yang sedia ada untuk melancong pada masa kini. Bidang pelancongan juga sangat dipandang berat dalam sesuatu negara kerana kepentingannya dari segi ekonomi dan pandangan orang asing terhadap negara itu sendiri. Tetapi yang lebih penting adalah pengalaman yang pelancong dapat semasa melancong. Semua yang berkaitan dengan pelancongan seperti industri pengangkutan, makanan dan budaya diutamakan dan dinaiktaraf sebahagiannya kerana ini.

Kredit: Lonely Planet

Kebanyakan pelancong dari Malaysia gemar melancong ke negara 4 musim untuk menikmati cuaca yang lain dari di Malaysia. Tentunya mereka akan pilih musim sejuk kerana cuaca yang panas di Malaysia, dan dapat merasai pengalaman bermain ski dan aktiviti musim sejuk yang lain. Bagi keluarga pula, melancong sememangnya sangat bermakna kerana ia membenarkan ibu bapa untuk memberikan suasana yang lain daripada biasa kepada anak-anak mereka. Walau apa pun terdapat banyak manfaat daripada melancong, terdapat banyak juga beberapa tekanan yang boleh menghalang pengalaman perjalanan kepada sesiapa sahaja, tetapi anda tidak perlu membiarkan ia merosakkan percutian anda.

Kredit: Kaluma Ski

Ada beberapa cara anda boleh lakukan untuk mendapatkan pengalaman yang lebih bermakna dan lebih jimat.

Jika anda bercuti bersama keluarga yang memerlukan lebih dari satu bilik hotel, lebih mudah jika anda book rumah atau homestay. Anda boleh cari di website-website yang menawarkan rumah sewaan untuk pelancong atau tuan rumah yang menyewakan rumah yang mereka tinggal sendiri. Selalunya rumah-rumah ini menawarkan tempat tinggal yang lebih baik dan lengkap dari hotel selain harganya yang lebih murah jika anda melancong untuk jangka masa yang panjang. Bagi yang melancong berseorangan dalam tempoh yang panjang juga lebih jimat jika menyewa bilik dari tuan rumah di sana. Anda akan dapat pengalaman yang lebih baik kerana anda akan tinggal bersama penduduk tempatan.

Kredit: Learn English in a Homestay

Ketika mengemas beg baju, gulung pakaian anda dengan kemas dan rapi sebelum masukkan dalam beg. Menggulung pakaian anda adalah lebih baik berbanding melipat mereka – ia lebih jimat ruang membolehkan lebih banyak ruang untuk benda-benda lain. Anda juga boleh menggulung set pakaian harian supaya anda tidak perlu mengeluarkan semuanya untuk mencari sesuatu pakaian itu. Jika anda menggunakan beg galas, letakkan barangan yang ringan di bahagian bawah dan berat di atas supaya bebanan yang berat tidak berada di bahagian bawah belakang anda.

Kredit: Times of Oman

Scan passport, IC dan itinerary, dan email kepada anda sendiri. Ianya berguna jika ia hilang atau dicuri. Asingkan isi dompet anda supaya anda ada backup jika terjadi sesuatu pada kewangan anda. Penting juga untuk anda menghubungi syarikat kad kredit atau debit sebelum anda pergi terutama jika anda melancong untuk jangka masa yang panjang untuk memastikan bahawa anda mempunyai kad yang dibenarkan untuk destinasi anda, mengelakkan mereka dari mengesyaki aktiviti yang mencurigakan.

Jika bagasi anda mempunyai barangan yang mudah pecah atau tidak boleh dihimpit benda berat, tandakan bagasi anda sebagai ‘fragile’. Ia juga adalah tip yang bagus untuk memastikan bagasi anda dikendalikan dengan cermat dan betul. Bagasi anda akan diletakkan di bahagian atas dalam kargo, menjadikan bagasi anda antara yang awal di lepaskan.

Selepas keluar dari kapal terbang, terus pergi kearah bagasi. Kebanyakan orang akan menghabiskan masa seketika tanpa arah tuju, mengangumi tempat yang asing, memberikan masa untuk anda mencari bagasi anda dengan orang yang tidak ramai. Tunggu sehingga anda keluar dari lapangan terbang untuk berasa teruja atau terdiam – kerana lapangan terbang semua lebih kurang sama sahaja. Barang-barang yang dijual di lapangan terbang juga selalunya lebih mahal berbanding di kedai tempatan, jimatkan duit anda selagi boleh!

Kredit: CNBC

Jika ATM di negara tersebut tidak caj bayaran pengluaran mata wang asing, gunakan ATM untuk dapatkan mata wang local. Pengurup wang di lapangan terbang selalunya ada bayaran dan kadar pertukaran yang tinggi. Biasanya kad asing pasti ada bayarannya tetapi ada tempat yang ianya lebih berbaloi,

Pastikan anda ada itinerary atau anda sudah bercadang untuk makan di mana untuk menjimatkan masa mencari tempat makan. Atau jika anda tidak pasti di mana untuk makan, tanya sahaja penduduk tempatan di sekeliling, selalunya mereka akan mencadangkan tempat makan lokal. JIka anda perlu membeli barangan untuk memasak atau snek, cari pasaraya yang orang tempatan pergi, mungkin ada promosi ketika itu.

Kredit: The Travelling Tom

Ketika sampai di bilik, keluarkan barang yang perlu sahaja dari bagasi. Tak perlu terlalu selesa sangat seperti berada di rumah kerana anda akan sengsara semasa mengemas balik. Peluang untuk anda tertinggal barang juga sangat tinggi lebih-lebih lagi jika anda mengemas pada akhir waktu.

Belajar sedikit sebanyak bahasa tempatan terutama yang asas. Dengan sedikit usaha, penduduk tempatan akan pandang anda sebagai seorang yang mesra alam dan akan cuba membantu atau berbual dengan anda. Cuba gunakan bahasa tempatan semasa membeli atau menawar. Penjual tidak akan kenakan harga yang tinggi dan lebih selesa untuk berikan tawaran kepada anda.

Dari segi makanan, makan makanan yang penduduk tempatan makan. Biasanya harga makanan tempatan lebih murah daripada fast-food. Bukan sahaja lebih jimat malah anda dapat menikmati makanan tempatan dan merasai pengalaman berada di kedai makan yang penduduk tempatan selalu pergi.

Kredit: Sibongtv 시봉tv

Dari segi pakaian, bak kata pepatah English “When in Rome, do as the Romans” adalah kata pepatah umum yang selalu dikaitkan dengan pelancongan. Jika negara tersebut menekankan pemakaian yang sopan, sebagai contoh, patuh sahaja. Ia memastikan keselamatan anda sebagai pelancong.

Kredit: Gate of Nations