Sesiapa sahaja pasti suka berjalan atau melancong. Secara mental atau fizikalnya, pelancong akan menjauhkan diri ke tempat asing, mengidamkan pengembaraan dan sesuatu yang tidak pasti. Mereka mahu melihat tempat-tempat baru, belajar sesuatu yang baru, dan mendapatkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan tetapi terasa asing. Kemudian kembali semula kepada kebiasaan dan zon selesa – sebelum keluar semula untuk perjalanan seterusnya.

Perjalanan melihat sesuatu yang baru dan berharga selalunya memberikan impak yang besar terhadap individu dan dan dapat menambah keyakinan secara tidak langsung.